Email : Zamri Kecik's

Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........

Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......


Apa ke benda ni?
Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!




Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "
Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

LAA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADARRASULULLAH
HAI JIWA YANG TENANG,
KEMBALILAH KAMU KEPADA TUHANMU DENGAN HATI PUAS LAGI DIRHEDAI
MAKA MASUKLAH KEDALAM GOLONGAN HAMBA HAMBAKU
MAKA MASUKLAH KE DALAM SURGAKU
AYAT 27-30 SURAH AL-FARJ

Posted by Laman SMPI '06/07 | 9/03/2009 02:24:00 AM | | 0 comments »



Posted by Laman SMPI '06/07 | 9/03/2009 02:18:00 AM | | 0 comments »

ImHalal.com from AZS Media Group on Vimeo.

Semester Baru 2009 / 2010

Posted by Laman SMPI '06/07 | 7/05/2009 10:30:00 AM | | 0 comments »


Assalamualaikum wbt, Ape khabar semua ahli smpi, baik dari bacth mane korang, admin 0607 kali ini nak menyatakan bahawa seluruh ahli smpi sudah bersedia dengan kelengkapan perang untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu, juga menuntut apa lagi ya? pandai-pandai koranglah fikirkan, bukan apa, pengurus blog ni tengah dan sedang mengantuks.

Ibnu Sahnun ade bagitahu, kalau kita nak elakkan diri dari berlaku kebodohan hati, kita kena selalu baca Al-Quran, kalau nak pandai lagi baca Al-Quran, kenelah belajar lagi, menuntut dengan Ustaz Shaharudin,hehe, Admin dengar ade yang amik subjek Tartil Al-Quran, sebab tu cakap juga tu.

Ape lagi !! jom bersedia dengan kelengkapan menuntut ilmu, pen, pensil, kertas kajang, kertas mahjung ?? takpayah, lani ada lcd projector dah. Ok, Selamat berjuang sahabatku sekalian. Wailaliqa, ma'assalaamah.

Ummah Kehilangan Seseorang

Posted by Laman SMPI '06/07 | 6/13/2009 05:35:00 AM | 0 comments »


Seluruh airmataku tumpah menyambut berita sedih pulangnya murabbi umat, Sheikh Fathi Yakan ke rahmatullah hari ini. Kehilangan yg mendalam.
By : Ustaz Hasrizal

REGISTRATION NOTICE FOR SEMESTER 1, 2009/2010 SESSION

Posted by Laman SMPI '06/07 | 6/01/2009 09:42:00 AM | | 0 comments »

Registration for Semester 1, 2009/2010 Session will begin on 8 - 28 June 2009. All students are required to check the Registration Schedule which will be displayed on the website http://umisisweb.um.edu.my starting from of 1 June 2009.Released by:Admissions & Records Section29 May 2009

Ada apa pada golongan pendidik?

Posted by Laman SMPI '06/07 | 5/25/2009 02:57:00 AM | | 0 comments »

Persoalan yang patut difikirkan oleh golongan pendidik masa kini, persoalan wajar ini bukan bererti kita patut atau tidak, ini adalah sebahagian dari kewajipan, sejak akhir akhir ini, negara seolah mendesak kita supaya renung sejenak, apakah masa depan yang nak terjadi terhadap nasib undang-undang di negara kita yang tercinta ini. persoalan terungkai satu demi satu setelah dua keputusan mahkamah yang berlainan dari sagi autoritinya. Adakah ia sepatutnya berlaku begitu? ini adalah antara soalan yang menjadi buah mulut pencinta kebenaran di kalangan jiwa yang tidak berlaku zalim dalam 24 jam hidup mereka. Samada mahu atau tidak, pendidik perlu merenung jauh persoalan ini.

Memperkasakan Diri Time Cuti Semester

Posted by Laman SMPI '06/07 | 5/02/2009 06:12:00 PM | 0 comments »

Tempoh cuti yang lama akan menjadi suatu durasi yang amat menarik dan bermanfaat jkalau diisi dengan perkara yang bermanfaat, nah, anda teah dan sdang mengorak langkah ke waktu tersebut, ayuh manfatkannya dengan menghadiri atau menjadi salah seorang dari urusetia yang menggerakkan mana-mana program oleh apa-apa persatuan pun, jika kita dalam UM, kita ada PMIUM,MPMUM yang bergerak dalam kredibiliti masing, hatta Anak Negeri sekalipun, anda bolehlah melawati antara blog atau web yang memaparkan post-post iklan yang meng uar-uarkan program masa cuti, ayuh, perkasakan diri, gerakkan minda serta daya fikir kalian, manafaatnya adalah untuk bersama, semoga kita selalu berada dalam rahmatNya.

Al-Quran sebagai pencetus pemikiran kritis

Posted by Laman SMPI '06/07 | 4/09/2009 09:42:00 AM | | 0 comments »

Oleh : Fendy 06/07


Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hokum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)".
(Surah Saba’: 46)
Apabila kita memperhatikan al-Quran dengan tinjauan untuk menyelidik, kita kan dapati bahawa sesungguhnya ia mengarahkan akal manusia untuk mempergunakan kaedah yang lengkap dalam mencari hakikat. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah:
Ÿxsùr& tbrãÝàYtƒ ’n<Î) È@Î/M}$# y#ø‹Ÿ2 ôMs)Î=äz ÇÊÐÈ 1) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17) Kata soal ‘kaifa’ itu menghendaki sebuah kajian dan cara untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Allah SWT tidak member jawapan secara terang-terangan agar manusia itu bukan sekadar mengetahui sesuatu bahkan juga mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu terjadi supaya manusia benar-benar mengenali dan meyakini sesuatu hal berlandaskan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah diketahuinya. Dalam ayat di atas, al-Quran telah memusatkan perhatian kita sebentar tentang kejadian unta yang merupakan haiwan terdapat khususnya di negara-negara Arab sehingga pengkajiannya tidak memerlukan sesuatu objek yang sukar untuk dicari. Kita pasti akan berfikir dan mengkaji bagaimana unta dicipta berdasarkan firman Allah SWT tersebut. Hasilnya kita akan dapati bahawa istimewanya unta adalah mampu hidup selama beberapa hari tanpa air dan masih aktif di bawah terik mentari. Bonggol unta yang merupakan gumpalan lemak berfugsi menyediakan nutrient berkhasiat secara berkala semasa musim kekurangan dan kebuluran. Melalui sistem ini, ia mampu hidup selama tiga minggu tanpa setitis air ketika mengalami penyusutan 33% berat badan. Lantas, orang yang mahu berfikir akan memikirkan lagi siapakah pencipta unta yang mempunyai ciri sehebat begitu. Manusia sama sekali tidak pernah menjadikannya dan tentu sekali ia tidak terjadi dengan sendirinya. Maka, sudah pastilah pembuatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa. $pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å™$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ŠÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù ’n?tã 2) 4$tB óOçFù=yèsù tûüÏBω»tR ÇÏÈ Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6) Fokus utama perbahasan adalah pada ayat yang bermaksud “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”, di mana al-Quran mengajar manusia agar meneliti sesuatu maklumat yang diterima sama benar atau sebaliknyadan bukannya menerima bulat-bulat sesuatu perkara tanpa membuat penilaian terlebih dahulu. Penelitian dan penilaian terhadap sesuatu maklumat ini amat penting agar kita tidak tersalah dalam berfikir, bertindak dan membuat keputusan lebih-lebih lagi ia melibatkan orang lain yang akan membawa akibat yang lebih besar dan buruk seperti penganiayaan, kezaliman dan fitnah. Penurunan ayat ini juga adalah sebagai peringatan kepada orang Islam agar tidak menerima keterangan hanya daripada sebelah pihak sahaja. bÎ)ur ôìÏÜè? uŽsYò2r& `tB †Îû ÇÚö‘F{$# x8q=ÅÒム`tã È@‹Î6y™ «!$# 4 bÎ) tbqãèÎ7­Ftƒ žwÎ) £`©à9$# ÷bÎ)ur öNèd 3)ž wÎ) tbqß¹ãøƒs† ÇÊÊÏÈ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An’am: 116) Ayat ini mendidik manusia supaya bersikap konsisten pada kebenaran. Ia menyatakan bilangan majoriti sama ada pada pendapat, kepercayaan dan sebagainya tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh itu, apabila telah dikaji dan diketahui kebenaran sesuatu hal, maka hendaklah berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat dan jangan goyah dengan sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan. Daripada ayat ini juga, ia mengajar manusia agar berfikir sendiri tanpa mengikut-ikut pendirian orang lain. $pkš‰r'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qçRqä. šúüÏBº§qs% ¬! uä!#y‰pkà­ ÅÝó¡É)ø9$$Î/ ( Ÿwur öNà6¨ZtB̍ôftƒ ãb$t«oYx© 4) BQöqs% # ’n?tã žwr& (#qä9ω÷ès? 4 (#qä9ωôã$# uqèd Ü>tø%r& 3“uqø)­G=Ï9 ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 žcÎ) ©!$# 7ŽÎ6yz $yJÎ/ šcqè=yJ÷ès? ÇÑÈ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Ma’idah: 8)
Ayat ini membicarakan kepentingan berfikir secara objektif dan tidak bias, iaitu adil. Keadilan hendaklah ditegakkan di mana sahaja tanpa mengira tempat, bangsa dan agama, sama ada kepada orang yang kita sukai atau pun tidak. Allah SWT juga melarang kita bersikap berat sebelah kerana kebencian kita terhadap seseorang atau sesuatu golongan, bahkan al-Qutan sentiasa menggesa umat Islam berlaku adil baik kepada kawan mahu pun lawan kerana keadilan itu akan mendekatkan diri seseorang kepada taqwa. Oleh itu, Allah SWT sangat memurkai orang yang tidak adil.
Ÿwur ß#ø)s? $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 5)
Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…
(Surah al-Isra’: 36)
Ayat ini menolak sikap taqlid sebaliknya Allah SWT mengajar manusia agar berfikran terbuka, bukannya mengongkong fikiran dalam kejahilan dan hanya mengikut-ikut pandangan dan pendirian orang lain secara membuta tuli. Oleh itu, Dia mendorong manusia mencari ilmudalam pelbagai bidang agar mampu memerhatikan kebenaran yang ada pada sesuatu kejadian lantas akan dapat memberi respond dan hujah dengan baik dan mantap dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan yang diceburi.

Kesimpulannya, kesemua ayat di atas membahaskan kepentingan penggunaan akal dengan betul. Daripada ayat-ayat tersebut, Allah SWT menuntut manusia agar mengkaji hakikat sesuatu kejadian bagi memantapkan lagi pengetahuan dan keimanan kepadaNya tetapi bukannya mengetahui sesuatu hal hanya melalui mulut orang lain dan mempercayai sesuatu bukan berdasarkan ilmu. Al-Quran juga mengajar manusia agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sesuatu maklumat di mana keperluan kepada penyelidikan dan penelitian amatlah mustahak sebelum menerimanya. Selain itu, ia juga menyarankan manusia supaya bersikap konsisten dalam mempertahankan kebenaran walaupun pada masa itu pelbagai dugaan yang datang. Seterusnya, al-Kitab amat menitikberatkan sifat adil yang perlu diamalkan dalam semua keadaan, tempat dan setiap masa. Dalam pada itu, ia amat menentang keras sikap bertaqlid buta kerana manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT yang digunakan untuk berfikir sekaligus al-Furqan menitikberatkan kepentingan ilmu kepada manusia kerana kejahilan akan mendekatkan seseorang kepada kekufuran. Justeru, melalui huraian elemen-elemen pemikiran kritis di atas, terbuktilah bahawa al-Quran itu adalah pencetus kepada manusia berfikiran kritis.








Program SMPI

Posted by Laman SMPI '06/07 | 4/01/2009 11:41:00 PM | | 0 comments »

Program SMPI
1) Majlis bacaan yassin dan solat hajat sempena musim Peperiksaan
Tempat : Surau Akademi Pengajian Islam(API)
Masa : 7.00 ptg( solat maghrib berjamaah)
Tarikh : 07 April 2009(Selasa)
Atur Cara Program :- Solat maghrib berjamaah- Solat hajat- Bacaan Yassin- Solat Isyak berjamaah- Bersurai
2) Amanat Penyelaras sempena peperiksaan dan peralihan kuasa
Tempat :Dewan Kuliah Utama(DKU) API
Masa :12.50 Tgh Hari
Tarikh : 09 April 2009(khamis)
Atur Cara Program:- Ucapan YDP SMPi sesi 08/09- Amanat Penyelaras SMPI sempena peperiksaan- Penyerahan kuasa kepada YDP sesi 09/10- Ucapan sulung YDP baru sesi 09/10- Bersurai--
Semua pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya (SMPI) di wajibkan Hadir.