SENARAI NAMA PELAJAR & PENYELIA LM‏ (Pembetulan)

Posted by Laman SMPI '06/07 | 4/15/2010 05:56:00 AM | , | 0 comments »

Pembetulan hanya melibatkan yang bertanda kuning sahaja.
Terima Kasih.

SEKOLAH KL & NS 2

SEKOLAH SELANGOR 2

SENARAI NAMA PELAJAR & PENYELIA LM‏

Posted by Laman SMPI '06/07 | 4/13/2010 10:26:00 AM | , | 0 comments »

SEKOLAH KL & NS

SEKOLAH SELANGOR

SEKOLAH KELANTAN

P/S : Aisyah : buku yang kita akan tulis RPH dalam proses......... kak reen akan bagitahu bila dah siap, untuk pertukaran sek yang tiada bahasa arab adalah sebelum 21.4.2010 ye.

PESANAN PENTING DARI BONDA PROF.MADYA DR. SHAMSIAH BT MOHAMAD

Posted by Laman SMPI '06/07 | 4/12/2010 11:27:00 AM | | 0 comments »

" satu lagi, pastikan semua kawan2 antum yg LM ni hantar jadual yang dibuat mengikut buku panduan LM tu kepada pensyarah secepat mungkin...dapatkan email pensyarah supaya dapat hantar melalui email jagan lupa satu salinan ke pejabat SMPI. antor ke norazreen@um.edu.my"...

HEBAHAN PENTING UNTUK SMPI BATCH 0607

Posted by Laman SMPI '06/07 | 1/15/2010 09:05:00 AM | | 0 comments »

Bengkel LM akan diadakan pada 27 dan 28 Mac 2010, Dinner khusus buat seluruh warga SMPI batch 0607 kemungkinan akan direncanakan pada penghujung APRIL 2010.

KEPERLUAN UNTUK POSTING

1. Gambar berukuran passport 4 keping
2. Sijil SPM / STPM
3. Sijil Diploma
4. Transkrip dari tahun satu hingga empat ( jika kehilangan, sila mohon salinan baru di Ijazah Dasar
5. Sijil perkahwinan (sekiranya ada)
6. Surat Majikan Suami Isteri
7. Sijil pendaftaran perniagaan suami isteri
8. Surat Tawaran biasiswa/pinjaman (sekiranya hilang, sila minta salinan baru dari penaja dengan bayaran sebanyak RM90).

p/s : kesemua keperluan di atas hendaklah disahkan sebanyak 2 salinan.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan, sila berhubung dengan JK SMPI 0607

Tarikh penyerahan Borang LM 06/07

Posted by Laman SMPI '06/07 | 1/12/2010 02:39:00 AM | | 0 comments »


Tarikh akhir penyerahan borang ini adalah pada 21 Januari 2010, hari khamis. Pada sebelum waktu pejabat, sekiranya anda ingin mendapatkan malumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan penyelaras untuk (PI) Ustaz Fendy 013 2969180 dan (PQ) Ustaz Muaiz 012 7914241.

Sla pastikan bahawa anda telah menyediakan kesemua slip keputusan peperiksaan yang asal dan yang di "print screen" dalam bentuk word lengkap (8 Semester) dari sekarang untuk kemudahan urusan Latihan Mengajar nanti.

p/s : Sila pastikan juga anda telah mempunyai pasangan LM dan telah mengisi borang penempatan LM.

- Jabatan Setiausaha -

31 Dis, Tanjong Malim: Mahasiswa pendidikan di UPSI mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah yang dinyatakan di dalam berita harian hari ini.

Dalam kenyataan beliau hari ini menyatakan bahawa Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Beliau juga ada menyatakan bahawa keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata bahawa tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.

” Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.

”Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.

Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.

”Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.

Terbaru, Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan

Sumber : upsikini & mahasiswakini


Alhamdulillah sahabat kita iaitu halim dengan pasangannya fakhriyyah telah selamat di ijab kabulkan baru-baru ini bersaksikan walinya, setiap insan itu di ciptakan secara fitrahnya berpasang pasangan, Allah telah kabulkan doa mereka berdua supaya dipasangkan bersama-sama dengan insan yang soleh, masing-masing mahu mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla, dengan adanya keinginan kedua-dua pihak untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, maka para syaitan laknatullah akan takut untuk mengganggu rumah tangga yang bahagia serta soleh ini, didoakan semoga kedua mempelai berolah barokah, sakinah hinngaa ke hujung hayat dari Rab yang maha agung, taqabbalallahu minna wa min kum.
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin
Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.



Ya Allah…
dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. Karena itulah, kami datang memohon rahman dan rahim-Mu.


Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.


Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami, bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.


Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.


Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…
Kami yang berbahagia,
halim & fakhriyyah

Source: Unknown

UM muncul 200 universiti terbaik dunia

Posted by Laman SMPI '06/07 | 10/08/2009 08:35:00 AM | | 0 comments »


2006 Chart

Universiti Malaya (UM) - yang merupakan tertua di Malaysia - kini muncul antara 200 universiti terbaik dunia, demikian menurut senarai terkini Times Higher Education-QS.

Menurut senarai terbaru itu, UM telah berjaya memperbaiki kedudukannya dari tangga 230 tahun lalu, kepada 180 tahun ini.

Ini bermakna, UM telah berjaya melonjak naik sebanyak 50 anak tangga dalam senarai terbaru Times Education-QS itu.

Kali terakhir UM berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia ialah pada 2006 apabila ia disenaraikan pada kedudukan 192.

Pada 2004, UM muncul sebagai antara 100 universiti terbaik dunia, apabila ia disenaraikan pada kedudukan ke-89.

Kedudukannya jatuh ke tangga 169 pada tahun berikutnya dan terus menjunam lagi pada 2006 dan selepas itu terus terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/114479

Puasa Enam Hari di Bulan Syawal

Posted by Laman SMPI '06/07 | 9/27/2009 07:17:00 PM | | 0 comments »



Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shollallohu ‘alaihi wa sallam. Wallohu a’lam bish showab.

***

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id

HADITH HARIAN: Sedekah berbuka pahalanya besar

Posted by Laman SMPI '06/07 | 9/05/2009 12:30:00 AM | 0 comments »

Email : Zamri Kecik's

Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu. ”. Riwayat (at-Tirmidzi)

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin.“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”