Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

31 Dis, Tanjong Malim: Mahasiswa pendidikan di UPSI mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah yang dinyatakan di dalam berita harian hari ini.

Dalam kenyataan beliau hari ini menyatakan bahawa Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Beliau juga ada menyatakan bahawa keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata bahawa tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.

” Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.

”Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.

Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.

”Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.

Terbaru, Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan

Sumber : upsikini & mahasiswakini

UM muncul 200 universiti terbaik dunia

Posted by Laman SMPI '06/07 | 10/08/2009 08:35:00 AM | | 0 comments »


2006 Chart

Universiti Malaya (UM) - yang merupakan tertua di Malaysia - kini muncul antara 200 universiti terbaik dunia, demikian menurut senarai terkini Times Higher Education-QS.

Menurut senarai terbaru itu, UM telah berjaya memperbaiki kedudukannya dari tangga 230 tahun lalu, kepada 180 tahun ini.

Ini bermakna, UM telah berjaya melonjak naik sebanyak 50 anak tangga dalam senarai terbaru Times Education-QS itu.

Kali terakhir UM berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia ialah pada 2006 apabila ia disenaraikan pada kedudukan 192.

Pada 2004, UM muncul sebagai antara 100 universiti terbaik dunia, apabila ia disenaraikan pada kedudukan ke-89.

Kedudukannya jatuh ke tangga 169 pada tahun berikutnya dan terus menjunam lagi pada 2006 dan selepas itu terus terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/114479

Email : Zamri Kecik's

Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........

Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......


Apa ke benda ni?
Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!




Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "
Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

LAA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADARRASULULLAH
HAI JIWA YANG TENANG,
KEMBALILAH KAMU KEPADA TUHANMU DENGAN HATI PUAS LAGI DIRHEDAI
MAKA MASUKLAH KEDALAM GOLONGAN HAMBA HAMBAKU
MAKA MASUKLAH KE DALAM SURGAKU
AYAT 27-30 SURAH AL-FARJ

Ada apa pada golongan pendidik?

Posted by Laman SMPI '06/07 | 5/25/2009 02:57:00 AM | | 0 comments »

Persoalan yang patut difikirkan oleh golongan pendidik masa kini, persoalan wajar ini bukan bererti kita patut atau tidak, ini adalah sebahagian dari kewajipan, sejak akhir akhir ini, negara seolah mendesak kita supaya renung sejenak, apakah masa depan yang nak terjadi terhadap nasib undang-undang di negara kita yang tercinta ini. persoalan terungkai satu demi satu setelah dua keputusan mahkamah yang berlainan dari sagi autoritinya. Adakah ia sepatutnya berlaku begitu? ini adalah antara soalan yang menjadi buah mulut pencinta kebenaran di kalangan jiwa yang tidak berlaku zalim dalam 24 jam hidup mereka. Samada mahu atau tidak, pendidik perlu merenung jauh persoalan ini.

Isu PPSMI yang perlu kita tahu

Posted by Laman SMPI '06/07 | 3/21/2009 07:57:00 AM | | 0 comments »



Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI


Jimadie Shah Othman Mar 18, 09 12:13pm
kemaskini 2.58pm Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut."PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik. Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003."Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik. Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.
Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah tertentu.Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.
Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Raof berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu. "Kami hanya mengemukakan hasil kajian.
Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.