Malaysia Turut Bergelap Selama 60 Minit

Posted by Laman SMPI '06/07 | 3/28/2009 09:26:00 AM | | 0 comments »

By: Ramjit-->

Gambar gandingan empat ini menunjukkan saat-saat Menara Berkembar Petronas KLCC memadamkan lampu tepat jam 8.30 malam tadi di sini, malam ini. Kempen memadamkan lampu selama sejam ini diilhamkan Dana Hidupan Liar Sedunia bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya pemanasan global. Foto: Anuar Isman KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Malaysia turut bergelap malam ini bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selam 60 minit.Menara Berkembar Petronas di ibu negara turut bergelap apabila semua suis lampu bukan utama di banguan itu ditutup mulai 8.30 malam.Keadaan yang serupa turut dialami di bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad, Angkasapuri, Menara TM, Menara Maybank, Istana Budaya, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara.Satu tarikan berlaku di Menara KL, apabila penerjun terjun dengan payung terjun dari menara itu sambil membawa bendera Earth Hour, bagi menandakan permulaan acara sambutan.Di Dataran Merdeka dan KLCC, ribuan orang berhimpun untuk menyaksikan detik-detik bergelap yang disiarkan menerusi siaran langsung TV1 RTM.Pihak pasar raya, restoran dan pusat hiburan di ibu negara turut tidak ketinggalan memberi sambutan dengan menyuramkan lampu mereka sementara ada juga yang menyediakan majlis makan malam 'candle light dinner'.Pusat membeli belah Suria KLCC turut menghulurkan tiket Formula 1 kepada pembeli bertuah mereka.Di Kangar, hotel Putra Palace, hotel terbesar di Perlis, Wisma TNB dan beberapa lagi tempat rekreasi termasuk Dataran Kechor turut menyertai kempen.Seorang warga emas, Sum Senapi, 74, dari Taman Dato Wan Ahmad menyalakan lilin di rumahnya.Di Kuching, beberapa hotel turut memadam lampu termasuk di lobi mereka.Sementara itu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf pada majlis sambutan Earth Hour di Angkasapuri, Kuala Lumpur berkata inisiatif tersebut merupakan satu usaha serius untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dunia.Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF-Malaysia), Datuk Dionysius Shama berkata kempen tersebut yang dianjurkan pihaknya di negara ini adalah berjaya dan membuktikan rakyat Malaysia turut prihatin dengan isu alam sekitar.Pada mulanya, hanya 500 syarikat dan 60,000 penghuni rumah yang mendaftar untuk menyertai acara itu, tetapi angka sebenar malam ini lebih dari itu, katanya.Earth Hour mula dilancarkan di Sydney, Australia pada 2007.-- BERNAMA

0 comments